20101017

Penang, I'm in Love

Balik Penang. Tempat yang selalu menggembirakan. Pemandangan cantik, makanan sedap sedap =D

Sampai Penang

Jalan jalan Penang

Bangunan terbiar

Ada beran pegi dentist ni?

Penang Road

Merasa jugak Sirap Tingkap

Bangunan dekat Padang Kota

Lepak tepi laut :)

View

The Other View

Gagak

Meneruskan perjalanan ke utara - Perlis

Dah mula jumpa kereta Thailand

Sampai Padang Besar. Shopping! :D

Balek Penang lepas shopping

Masuk Penang

Jambatan malam

3-4 hari jugak lah dekat sana. Tak ingat betul betul sebab entri ni tersangat lah basi. I know, I know.

*Semua gambar pakai kamera phone je.

20100921

One of the Mornings

Ada satu pagi tu, aku bangun tidur dengan keadaan aku tidak memeluk bantal love kesayangan aku. Aku tengok dia terbiar je kat sebelah aku. Aku rasa..

down kejap.

Aku amik, aku peluk kuat kuat. Lega.

20100913

Aidil fitri

Kembali kepada fitrah.

Aku rasa banyak yang aku tak tahu pasal orang yang aku sayang. Kosong. Zero. Awattt aku ni tak penting kaaa
ok emo bye

Syawal

Diari Ramadhan tak sempat sampai ke penghujung. Bizi nak mampos! Pape pun malam malam raya yang syahdu ni aku kadang kadang rasa kosong. Tak boleh nak amek port lebih lebih sangat. Bila amek port lebih lebih, nanti pk banyak. Bila pk banyak mula la runsing ke laut. Susah. Menyusahkan. Baik takde rasa pape. Lagi senang. Apehal entri syawal aku emo semacam ni. Hi hi.

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin!

20100907

Ramadhan, 26th

Kita ni manusia. KENA tahu dan MESTI amik tahu limit kita sampai mana. Batasan. Aku kasi contoh yang paling simple yang semua orang mudah nak faham aku rasa. Perempuan ni (aku sendiri pun) memang pantang tengok barang cantik cantik. Contohnya beg Gucci baru yang meletopp nak mampos. Tiba tiba tengok ada pulak member pakai beg Gucci meletopp yang kita adore sangat tu. Takkan kita nak pergi belasah dia semata mata sebab kita tak dapat pakai beg tu. Tak masuk akal.

Tak dapat tu pulak mungkin sebab tak cukup duit nak beli, ataupun kurang berkemampuan. Dah tu, nak buat macam mana. Tak semua manusia dilahirkan kaya raya petik jari je zasss keluar seribu ringgit. Kadang kadang bila kita tak kaya wang ringgit mungkin kita kaya budi pekerti. Barulah dunia ni seimbang. "For something you lose, you might gain something else and for something that you gain, you might lose something else - Teddy Roosevelt". Macam tu lah, dunia ni kena seimbang. Kan pernah dengar orang cakap jangan suka sangat, nanti menangis. Betul kan?

Bila dah tahu tak berkemampuan tu, nak buat macam mana. Bukannya tak boleh pakai beg langsung terus kan. Redha je lah. Beringat lah sikit dengan kadar kemampuan kita macam mana.. Tak payah nak bersusah payah jaga class sampai nak jadi orang yang bukan diri kita. Cukup dengan jadi diri sendiri.

Ramadhan, 25th

Aku ni jarang balik Masjid Tanah. Sekali balik duluuuu time aku kecik kecik rumah kampung berpapan berserambi bermozek warna warni. Klasik. Sekarang, tak lagi. Rumah papan dah jadi batu. TV kotak dah jadi TV lekat dinding. Serambi tempat syok lepak amik angin dah jadi seken hall. Semua dah berubah.

Itu hari balik kampung. Buka puasa dengan nenek. Pusing pusing pekan Masjid Tanah. Melawat kubur atok. Melawat kawan kawan lama papa. Tengok sekolah lama papa. Hm.. interesting.

20100903

Ramadhan, 24th


Awan berkepul kepul ni mengingatkan aku dekat awan dalam cerita The Simpsons. Dari dulu lagi aku dok panggil awan awan jenis ni, Awan Simpson.


***

Dapat free sempena shopping dekat Guardian semalam. Banyak gila dia bagi. Tak perasan pun. Tau tau dah ada dalam plastik hehe.



Ramadhan, 23rd

Bila fikir fikir balik, raya aku tahun ni mesti macam biasa,


BOSAN

20100901

Ramadhan, 21st

Merdeka. Ya. Aku masih berterima kasih pada pejuang pejuang dulu yang gila babi berusaha memerdekakan Tanah Melayu. Sekarang sudah 53 tahun kita merdeka. Aku harap pak pak menteri zaman sekarang masih cuba untuk berusaha memerdekakan Malaysia dari minda yang kolot, tamak dan kotor.

**

Harini waktu berbuka aku 630 petang, ikut waktu Sarawak. hihihi

Ramadhan, 20th

Wah. Lagi sepuluh hari nak raya? Cepat nya masa berlalu!

Ramadhan, 19th

Belajar buat biskut coklat cip dekat rumah bakal kakak ipar. Best jugak baking ni. Rasa macam nak beli oven sekarang jugak. Boleh buat biskut dengan kek tiap2 minggu. Haha :D

Cookies in the making

Fresh from the oven

20100830

Ramadhan, 18th

Sabtu itu hari buka puasa dengan geng geng lomokidS dekat Flaming Steamboat Setapak. Memang meriah habis. Ramai gila yang datang. Yang lama, yang baru, semua ada. Hajat di hati nak letak gambar. Tapi tak cuci lagi. Maklumlah, pakai filem.. Nanti dah develop kalau ada gambar yang jadi boleh lah up. Tapi bila, ha tu yang kita tak tahu lagi.

Walaupun makanan takde lah superb mana, tapi tetap puas hati dapat lepak dengan geng geng lomokidS.. Ramai pulak tu! Time lucky draw pulak, walaupun aku bukan antara yang bertuah, aku tetap dapat hadiah filem Polaroid Spectra. Ihsan dari Eqin Hamdani dan Reza Ramli. Hehe thanks korangg akan ku guna filem tu sebaik mungkin :D

Jumpa korang semua raya nanti pulak k!

P/s: Nak buat lomoraya kat mana eh tahun ni...

20100829

Ramadhan, 17th

Hai. Nama saya Amirul Airiell Thambychik bin Ahmad Hisyam. Panjang kan nama saya?

Saya suka buat muka comel mata bulat macam ni kadang kadang sambil main air liur.

Walaupun saya suka buat muka comel mata bulat, saya jugak pandai buat muka kerek macam ni. Haa haa jadi tak jadi tak?

Ok lah. Tak boleh ada banyak banyak gambar saya sangat. Malu lah. Hihi. Jumpa lagi! Bye!

20100828

Ramadhan, 16th

tak boleh tulis dalam keadaan marah. buruk akibatnya. bye.

20100826

Ramadhan, 15th


Serious dah 6 tahun tak jumpa diorang ni semua kecuali 2 dari kanan, Ally. Sebab dia duduk dekat tu yang bila rindu terus call jom jumpa hehe. Kitorang semua satu kelas masa form 4/form 5 dekat MRSM Pasir Salak. Dulu kitorang first batch untuk MRSM Pasir Salak tu. Rasa macam raja beb.. Sebab tak ramai student kat sekolah tu, kitorang ni semua rapat dengan cikgu. Time tu janji janji manis la bila dah habis sekolah tak lost contact punya lah tengok sekarang semua cikgu pun dah tak contact lagi dah ha ha .

Kitorang ni semua duduk belakang. Kira back seaters people. Rindunya.. Rasa macam baru semalam kita semua sama sama naik bas buat trip pergi KL, kena marah dengan cikgu sama sama, tertido dalam kelas hehe, dengar walkman time cikgu ajar, gelakkan Cikgu Razali bila sinki jatuh, tepung tawar versi kejam kaw kaw time birthday, amik SPM, amik results SPM, overnight, outing, macam macam lagi lah.. Macam macam perkara berlaku dalam masa 2 tahun. Kalau nak listkan kat sini memang tak cukup semua.

Semalam, sampai rasa lenguh mulut non stop bercakap kira macam qada' cakap 6 tahun la kan hehe. Tahun depan, kita semua jumpa lagi k :)

xxoo

20100825

Ramadhan, 14th

Tengahari - bangun tido. Mandi mandi, layan movie dekat laptop, online, layan movie lagi, mengantuk, sambung tido. Sedar sedar dah azan Maghrib. lalalalalala

What a day.

20100824

Ramadhan, 13th

Malam tadi aku dengan parents aku pergi layan movie midnight - Inception. Aku rasa ni la first time aku dengan parents aku sempat masuk panggung sebelum cerita tu start. Sempat tengok macam macam iklan lagi. Kalau tak sebelum ni mesti lambat. Memang kejadian yang jarang berlaku kitorang masuk panggung awal.

Dalam panggung tu tak ramai orang. Maklumlah tengah malam, hari kerja pulak tu. Tapi yang aku tension nya tu. Orang belakang aku ni takde etika tengok wayang langsung. Goyang goyang kaki macam setan. Aku pusing belakang. Kerusi ni lagi besar la pulak tak dapat aku nak tengok dengan pandangan mata yang badi. Lagipun cerita Inception ni kena tengok sepenuh perhatian. Kalau tak, lost. So aku tahan je la dengan perangai orang belakang yang macam gampang tu.

Dah habis movie aku berdiri terus aku usha slek kat orang belakang. Dia tengok aku balik. Sengih sengih. Huh pakcik rupanya. Baya baya bapak aku je kot. Dia tengok movie dengan bini dia. Peh. Dah tua tua patutnya ada la etika tengok wayang sikit ni tak macam budak budak perangai goyang goyang kaki bersepah sepah. Padahal ruang punya la besar kot. Nak jugak ganggu ketenteraman aku tengok movie. demyu pakcik.

**

Sekarang dah tak nampak iklan yang no handphone, no talking, no goyang goyang kaki kat wayang kan? Patutnya diorang keluarkan balik la iklan tu.

20100823

Ramadhan, 12th

Rimas aku tengok jenis orang yang suka buang buang makanan ni. Mana pergi rasa syukur..?
Makanan tu kan rezeki. Aku rasa macam kita ni sengaja buang rezeki kalau kita selamba je campak makanan dalam tong sampah. Atleast, kasi la kat kucing mana yang betul betul dah taknak tu. Kenyang jugak kucing kucing jalanan ni.. Dapat jugak pahala..
Aku bukannya ustazah nak cite hal dosa pahala ni. Tapi, tolong la berubah.

20100822

Ramadhan, 11th

2 tahun lepas aku dengan geng geng lomokidS ada ke Jalan TAR pusing pusing cuci cuci mata. Terkejut jugak la aku tengok brader ni punya dresap demi nak promot kedai dia. Menarik jugak cara abang abang ni kemain pakai baju kurung siap tudung tapi ada misai...haha



Lomo L-CA. Agfa CT ASA 100

***

Tadi aku pergi lagi Jalan TAR pusing pusing cuci cuci mata. Aku tengok brader yang sama pakai tudung panggil panggil customer. Siap buat suara nyah lagi tau. Jangan marah..hehe