20071227

malas dan malas.

sepatutnya, isnin lepas class dah start. tapi hari ini saya masih di rumah melayari internet menulis blog.

di hari khamis.

mungkin cuti yang lama membuatkan saya malas untuk berkemas dan pulang ke kolej kediaman. saya masih was-was samada mahu pulang ataupun tidak. perbualan bersama abang di dalam telepon;

'balek minggu depan je lah'

'tengok la dulu. nak kene balek ni.'

ape yg saya nak kejarkan pun saya tatau. padahal bukannya belajar sangat pun. paling banyak pun introduction. tapi ada benda yang menarik saya supaya pulang ke kolej. hihi.

izz di kolej masih setia menanti saya, sms-sms yang izz terima dari saya hanya menyatakan yg saya akan tangguh hari kepulangan saya. dah biasa kot. hihi.





saya masih tak percaya saya akan memasuki sem 4. makin lama makin susah subjek yang diperkenalkan. dan setiap kali kemunculan sem baru, nak naekkan pointer. haih gila typical. tapi itu azam kan.
sem ni, tamau maen2 lagi kot.


(haha)

No comments: