20080707

tuhan telah merancang sesuatu dengan sesempurnanya.

Saya mulakan dengan pagi Rabu. Saudara belah mama dari Penang datang ke Kuala Lumpur. Ingin mengambil anak lelaki yang tamat pengajian di UniKL Melaka, sambil menjemput adik-beradik yang lain ke perkahwinan anak perempuan mereka.
Kebetulan, mama menelefon abang mama yang menginap di Sentul tentang kehadiran mereka. Tetapi, mama diberitahu, abang mama, yang lebih senang dipanggil dengan Pak Ngah Man masuk hospital. Sakit jantung. Minor operation. Mungkin mama tak akan tahu yang Pak Ngah operate jika saudara yang dari Penang ini tidak turun KL.
Saudara-mara yang tinggal di rumah saya mengambil keputusan untuk melawat Pak Ngah keesokkan harinya, hari Khamis.

Khamis pagi, hujan lebat, kilat, guruh. Mama dan adik-adiknya melawat Pak Ngah di hospital. Ketika itu juga, Pak Ngah discaj. Beliau kelihatan sihat. Boleh berjalan seperti biasa. Maka kami tiada risau. Kebetulan, adik mama yang tinggal di Shah Alam datang ke rumah kami. Agak mengejutkan kerana beliau jarang-jarang datang melawat melainkan ada hal mustahak. Boleh kira adik-beradik mama berkumpul di rumah.
Jika tidak kerana mereka yang ada di rumah, tak lah saya merasa naik Eye On Malaysia malam itu. hihi

Jumaat pagi, seperti yang dijanjikan, saudara dari Penang ingin berangkat ke Melaka menjemput anak lelaki mereka. Dalam diam, mama ajak saya turut pergi ke Melaka. Saya turutkan saja. 2 kereta kami ke sana. Demi menjemput sepupu saya itu. Tapi tetap menambah ilmu geografi saya. Setiba kami di sana, selesai loading barang, solat dan makan, mama dapat panggilan dari adik bongsu mama.
"ha?"
"betoi ka?"
"bila?"
"laaaaa.."
"ok ok nanti kami teroih pi sana."
antara yang saya dengar. Pasti ada yang tak kena. Teros saya bertanya.
Mama cakap, Pak Ngah Man dah pergi..
Tersentap hati saya.
Kami semua terima kejutan yang besar.

Terus kami semua bergegas pulang ke KL. Terus ke Sentul. Saya lihat arwah, tenang. Macam dalam tidur. Terasa juga kehilangan arwah..
Malam tu, tak putus-putus orang datang. Keesokan paginya, arwah dikebumikan. Dapat tempat di sebelah pusara isteri. Tempat mayat dikebumikan, adalah tempat tiap-tiap kali arwah datang sedekahkan doa. Seperti telah ditentukan, di situ lah tempatnya.

Semua terjadi dengan pantas. Kebetulan arwah pergi ketika semua ada dekat. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.




al-fatihah.

No comments: