20081105

entri dari hospital 1.

Sejak Jumaat lepas, aku menjadi penduduk tetap Hospital Kuala Lumpur. dah 5 malam kot aku tidur sini. rumah pun tak jejak lagi. kalau dulu, asal aku masuk hospital je mesti nak pening-pening. aku ni mabuk bau-bau ubat sikit. lagi-lagi kalau nampak darah. confirm aku boleh pengsan. tapi sekarang, itu semua tidak lagi menjadi masalah. tapi aku tak berani lagi pergi wad kecemasan pusing-pusing cari penyakit (tengok orang berlumuran darah). ngeri kot. setakat tengok jahitan dekat perut mama aku tu, boleh lah. hihi.

tidur kat hospital, bukan nya macam tidur kat hotel atau rumah. tiap-tiap malam aku teman mama tidur, aku tidur atas kerusi. sekarang mama dah ditempatkan di wad biasa, kerusi dia kira selesa lah sikit ada kusyen.
malam pertama, betul-betul lepas mama operate, mama diletakkan di observation room.

*ok jap! surgeon mama datang visit. Mister Raja Badrul. baru aku tahu, surgeon punyai title lain. diorang tak dipanggil doctor. tapi Mister. hm-hm. beliau agak muda ye. hihi.

sambung cerita tadi, dalam observation room, lagi sakit. kerusi yang diorang sediakan kerusi plastik. ala, macam kerusi kat mamak tu. memang la malam tu aku tak tidur lena. kejap-kejap aku terjaga. selain melayan mama yang nak minum air, dan macam-macam.
malam kedua mama dah dihantar ke wad biasa. bilik ni ok. katil ada satu je. kerusi dua. kalau tidur, satu lagi kerusi aku jadikan tempat letak kaki. kira ok lah. dan bilik ni sejuk gila ok.

aku mengantuk. menguap dari tadi. semalam tidur agak lama dari biasa tapi tak nyenyak. mungkin penat kot. dah 5 malam beb aku tak baring!
ok dah, nanti aku sambung lain.

tata!

No comments: