ini mungkin entri terakhir aku dari bilik 6, wad 14, tingkat 3.
pagi tadi, aku dengan tak mandi lagi, surgeon mama *ahem* datang visit.
"soo harini kalau nak balek dah boleh balek"
aku tersenyum.
katil menari-nari depan mata aku nih walaupun aku baru je bangun dari tido.
lepas ni dah takde sakit-sakit belakang dan terjaga pukul 2 - 3 pagi.
kalau terjaga saja-saja takpe, ni nanti mula la aku terpandang tingkap tepi aku ni la, langsir gerak-gerak la, dah la sejuk gila sampai gigil-gigil, tak scary la pulak kan.
so, aku pun baru habes berkemas. sementara tunggu papa datang untuk amik kitorang, aku online jap.
pejam celik pejam celik, dah cukup seminggu aku menginap kat HKL ni. Jumaat lepas, aku sampai menitis air mata tengok mama yang baru keluar dari operation theatre. time tu kan bius tengah kuat lagi, mama pun tengah sedar tak sedar. macam lemah je badan dia. nak cakap pun tak jelas.
tapi harini mama dah stabil, Alhamdulillah. macam mana pun, aku masih kena jaga mama di rumah nanti. kalau tak aku, siapa lagi kan. abang-abang semua kerja. nasib lah aku memang tengah bercuti pun.
ada satu pagi tu, aku tak ingat hari apa, masa tu aku baru lepas mandi kan mama.
mama cakap dengan aku, "nasib baik lah mama ada anak perempuan ni sorang. kalau tak sorang-sorang lah mama kat sini", nada dia masa tu yang dapat aku kesan agak sebak.
aku cuba happy kan dia, buat lawak-lawak bodoh dan gelak-gelak. kalau aku pun layan rasa sebak dia tu, karang dua-dua meleleh-leleh. haha
so, kadang-kadang ada yang ajak keluar tapi aku tak join. dan aku sanggup batalkan trip-trip yang aku dah rancang lama. :(
nak buat macam mana kan. mama ada satu je. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
Menjadi anak ini satu blessing..semoga anda akan look back and have a laugh thinking bout it seperti memori2 indah masa lalu..
ye betul mama ada satu je.. huhu.. apa sangat trip2 tuh.. huhu..
uit..
delina dollie..
hoho..
hurmm,reading bout ur mom was a bit similar to my dad..
my dad pn kna cancer gak..
he got kidney cancer last year n dis year baru2 ni gak he kena kt lungs becoz it spread there..
so,ur mom kena cancer ape?
mane taw if i could giv some tips from my experience with my dad.
Post a Comment