20090810

siri bebelan.

1. semalam hangin satu badan aku sama celcom. dah lah sponsor konsert Search sound barai. nak activate kan broadband aku pun amik masa 2 minggu. lembap nak mampos. naseb baek tengahari tadi aku test broadband dah boleh online. kalau tak sikit lagi aku nak pegi booth celcom tempat aku beli line tu nak mengamok. manager kedai dah lah duduk terkangkang maen wow je keje. customer service gred macam gampang. semalam dah makan maki hamun aku hari ni baru nak activate.

2. petang tadi hujan lebat mencurah curah. kilat pulak tak reti nak berhenti. awan aku tengok dah macam cerita Harry Potter time tengah menurun kuasa jahat pun ada. aku terpaksa jugak redah balek rumah. takkan aku nak menganga kat fakulti tu tunggu hujan reda. memang tak ah. aku drive balek rumah. 20 minit jugak la. time dalam kereta dua tiga kali jugak la aku tercampak henpon sebab terkejut kilat tiba tiba depan mata. nasib baik hujan lebat takde sape boleh nampak apa yang berlaku dalam kereta masa tu. nak naik rumah satu hal jugak. akhirnya aku masuk rumah dalam keadaan separuh lencun. naiss.

3. esok kena submit report masa intern itu hari. pulunnn

4. hari ni aku puasa ganti. takde semangat aku nak berbuka. aku kira kira lagi 20 minit nak azan maghrib ni. minum milo pun cukup kot..

5. kereta aku tu dah tiba masa kena servis tu. tak perasan pulak aku. dah lebih 500km dah kot. nak tukar brake pad dengan brake disc lagi. pening..pening..

6. bosan ah. teringin nak pergi perhentian. takpun tioman. mana mana pun tape ah. janji keluar kl. rimasss aku dengan kl.

2 comments:

Zulhilmi said...

ini comment pada bebelan yang bernombor 2 itu...handphone tercampak ketika terkejut kilat..first of all masa itu tengah driving bukan??second,rasanye kalo mahukan sesuatu itu tercampak,perlulah seseorang itu memegang object yang tercampak itu terdahulu..so,di mana kedua-dua tangan anda ketika driving?..jpj sila buat siasatan..hahaha

delina said...

errr kantoi sebelah tangan sms sebelah lagi pegang stereng. lalalalala