20080509

percaya tak?

meh saya buat pengakuan.
kalau saya kata;


a. hampir tiap-tiap malam saya mengigau
b. saya korek hidung di tempat awam
c. saya pernah curi baju di shopping complex
d. masa kecik dulu saya lari dari rumah
e. saya pancitkan tayar kereta orang
f. saya pergi klcc pakai baju tidur
g. saya kencing tepi jalan
h. saya gagap
i. saya pernah tidur malam di jalanan
j. saya pernah kapel dengan pakcik tua







soo, siapa percaya 2 benda dan lebih, sah lah. sah. anda seorang yang mempercayai tulisan orang bulat-bulat tanpa selidik terlebih dahulu kebenarannya.

terbukti, penulisan mampu membuatkan seseorang percaya apa saja. tulis-lah apa saja. cuba.

saya pernah lari sambil makan.

percaya?

kalau percaya juga, tak tahu-lah. tolong-lah.
tutup mata dan fikir. fikir panjang ya. pendek tak mahu.

blog. blog mempunyai kuasa tersendiri. masakan ada pendapat mengatakan faktor jatuh nya barisan nasional pada pilihan raya umum baru-baru ini disebabkan penulisan-penulisan anak-anak muda yang memberontak di blog-blog.
kini, ramai pak-pak menteri membuat akaun blog mereka sendiri. tak percaya? google.
kuasa google.

maka, apa saja yang tertulis di blog-blog atau di mana sahaja, boleh jadi apa saja.
benar.
tipu.
reka-reka.
suka-suka.
apa saja-lah.

no big deal, babes.




chill.

No comments: