Showing posts with label pikir lah sendiri. Show all posts
Showing posts with label pikir lah sendiri. Show all posts

20080509

dua perkataan yang menerjah kepala otak saya sejak ke Terengganu


MAU LAYAN








paham kan? paham?


paham.





paham. bagos. tepokan untuk diri sendiri.


mau layan.


percaya tak?

meh saya buat pengakuan.
kalau saya kata;


a. hampir tiap-tiap malam saya mengigau
b. saya korek hidung di tempat awam
c. saya pernah curi baju di shopping complex
d. masa kecik dulu saya lari dari rumah
e. saya pancitkan tayar kereta orang
f. saya pergi klcc pakai baju tidur
g. saya kencing tepi jalan
h. saya gagap
i. saya pernah tidur malam di jalanan
j. saya pernah kapel dengan pakcik tua







soo, siapa percaya 2 benda dan lebih, sah lah. sah. anda seorang yang mempercayai tulisan orang bulat-bulat tanpa selidik terlebih dahulu kebenarannya.

terbukti, penulisan mampu membuatkan seseorang percaya apa saja. tulis-lah apa saja. cuba.

saya pernah lari sambil makan.

percaya?

kalau percaya juga, tak tahu-lah. tolong-lah.
tutup mata dan fikir. fikir panjang ya. pendek tak mahu.

blog. blog mempunyai kuasa tersendiri. masakan ada pendapat mengatakan faktor jatuh nya barisan nasional pada pilihan raya umum baru-baru ini disebabkan penulisan-penulisan anak-anak muda yang memberontak di blog-blog.
kini, ramai pak-pak menteri membuat akaun blog mereka sendiri. tak percaya? google.
kuasa google.

maka, apa saja yang tertulis di blog-blog atau di mana sahaja, boleh jadi apa saja.
benar.
tipu.
reka-reka.
suka-suka.
apa saja-lah.

no big deal, babes.




chill.

20080427

kisah kawan saya : a, b, dan rakan-rakan rumah.

ahad minggu yang lepas, seorang rakan baik saya menceritakan kisahnya kepada saya.
saya mendengar luahan rakan saya ini tanpa jemu.
kerana, pasti ada saja cerita baru tentang dia dan rakan-rakan nya.

tersebut lah kisah;

ok. saya namakan rakan baik saya itu A sahaja ye. senang.

A dan B merupakan rakan sekelas. mereka tinggal serumah. ini memudahkan mereka untuk pergi ke kelas bersama-sama. dari tahun pertama, mereka agak akrab. maklumlah, tinggal serumah. pergi kemana-mana pun mereka tetap bersama. pengecualian ketika ber-dating.

tetapi, B mempunyai sifat yang tak disenangi A dan rakan-rakan serumahnya. B mempunyai bau yang busuk. semua orang tidak menyenangi B. sehinggakan semua rakan-rakan A pelik, bagaimanakah A boleh bertahan dengan sifat B yang busuk itu. namun, rakan-rakan A dan A sendiri mendiamkan diri tentang kebusukan B tersebut. maklumlah, nak jaga hati.

nak jaga hati punya pasal, sudah hampir setahun setengah A menahan bau busuk B. selama itu jugalah A dan rakan-rakan serumahnya mendiamkan diri. pada suatu malam, A sudah tidak tahan lagi. A menceritakan segala-galanya kepada teman serumahnya, iaitu C. C agak terkejut dengan pengakuan A, kerana C menyangka A tidak menyedari kebusukan B sebab selama setahun setengah, A tidak pernah merungut apa-apa tentang B.
pada malam itulah, segala-galanya terbongkar. A menceritakan keperitan menanggung kebusukan B. C juga ada menceritakan kepelikan mereka macam mana-lah A boleh bertahan dengan kebusukan B tersebut.

nekad, pada malam itu, A mula menjauhkan diri dari B kerana sudah tak tahan lagi. A tidak suka dengan bau busuk kerana A seorang yang pewangi. A tidak suka jadi HIPOKRIT bila di depan berbaik-baik, tapi di belakang kutuk seribu. oleh sebab itu, A nekad. A mempunyai satu sifat semulajadi, iaitu apabila beliau tidak suka dengan seseorang, beliau mudah menunjukkan perasaan tersebut. beliau benci akan hipokrit. saya kenal betul dengan A. maklumlah, rakan baik. dari kecil lagi.

nak dijadikan cerita, sejak sesi pengakuan A, ramai yang menyokong A. semua tidak suka akan B. mereka mengutuk B berbakul-bakul, belori-lori. sehinggakan, pada satu masa, A malas hendak melayan umpatan-umpatan teman serumahnya. yelah, A sedar, dengan umpatan-umpatan tersebut, bukannya boleh mengubah B menjadi seorang yang pewangi pun. maka, dibiarkan saja teman-teman serumahnya itu mengumpat-umpat B.

nasib A baik, rakan-rakan sekelas A yang lain memahami dengan situasi A. merekalah yang menjadi teman belajar, teman ketawa, teman bersedih, segala-galanya. ketika, saya *ehem* tiada di sisi A. namun begitu, saya bersyukur kerana A menjumpai mereka. rakan-rakan sekelasnya (pastinya bukan B, ye) yang jujur untuk berkawan dengan A. bagi saya, jujur dan ikhlas itu penting dalam persahabatan.

berbalik semula pada cerita tadi, B hampir dipulau. termasuklah teman serumahnya. semua orang benci B. bila berjumpa saja dengan B, pasti mereka menutup hidung. ini untuk menunjukkan bahawa betapa busuk nya B. tapi tidak A, walaupun A tidak menutup hidung ketika terserempak dengan B, A hanya berlalu begitu sahaja. yelah, A kan tak suka B. A tunjukkan saja-lah. di depan nya. biar terang, jelas, dan nyata bahawa, A benci B.

lama-kelamaan, A bahagia bersama rakan-rakan sekelasnya yang lain. siang-malam A dihiasi mereka. tidak lagi teman-teman serumahnya. untuk A pulang ke rumah pun susah, A hanya pulang untuk tidur dan mandi sahaja.
lama-kelamaan, teman-teman serumah A tadi sudah berbaik-baik semula dengan B. mahupun B masih busuk seperti dulu, tapi B punya teman lelaki yang berkereta. B punya harta yang boleh membahagiakan teman-teman serumahnya, kecuali A. A tak suka semua itu. biarlah B berkawan semula dengan teman-teman serumah nya, yang pada saya, pernah mengumpat B seteruk-teruknya, B tak tahu kot. B hanya tahu A sahaja yang membencinya. maklumlah, A tidak reti menjadi hipokrit. pada pandangan mata B, hanya A lah teruk. A lah sombong. A lah binatang.

saya tahu, A murni. ikhlas berkawan. tak percaya, tanya rakan-rakan sekelas A yang amat akrab dengan A sekarang. susah senang mereka bersama. kerana, dari mula, mereka ikhlas berkawan.

mungkin A sudah memaafkan rakan-rakan serumahnya itu. tapi, untuk berbaik semula dan berkawan seperti biasa adalah sukar bagi A. tapi, kata A lagi, kalau si B ini asyik memekak-mekak di depan bilik nya, A panas juga ye. ini sudah mahu cari pasal. tapi A masih bersabar. biasalah A, ragam orang busuk. memang macam tu. sabar ye.

A, beliau hanya bencikan hipokrasi.
A, tidak mahu menjilat ludah sendiri.

biarlah. A, sabar ye. saya tahu perasaan itu. B tidak tahu menahu tentang umpatan-umpatan teruk teman serumah terhadapnya. biarlah terkubur. biar A sahaja yang tahu semua itu. teman serumah nya semua jadi innocent KONON.

SEBAB SEMUA MAHU JADI HIPOKRIT.
semata-mata kepentingan sendiri. tahniah ye teman-teman serumah A. tahniah.

big round applause for you guys, losers.

bye!